Sejarah tercipta! Sahoca Bikers Legends RIDE TO WISDOM: A MEET WITH TUN M

Isnin, 7 Oktober 2024, adalah tarikh keramat yang mencatat sejarah bagi Sahoca Bikers Legends kerana berpeluang bertemu muka dengan “Abang Senior” yang juga negarawan ulung dunia Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. "Ride to Wisdom: A Meet With Tun M" ke Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya adalah ride paling bermakna bagi seramai 52 orang ahli Kelab Sahoca Bikers Legends yang sangat teruja dapat berjumpa dengan Tun Dr. Mahathir. Selalu hanya dapat melihat gambar dan membaca cerita tentang kehebatan negarawan hebat ini melalui media massa tapi pada majlis tersebut Tun Dr. Mahathir ada di depan mata - satu peluang yang tidak semua orang boleh menikmatinya dan semua peserta konvoi "Ride To Wisdom: A Meet With Tun M" sangat teruja dengan peluang keemasan ini. Tun Dr. Mahathir merupakan bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) batch 1946 yang juga "abang senior" kepada ahli Kelab Sahoca Bikers Legends. Kunjungan hormat ini adalah seba...