DARI remaja sehingga dewasa hubungan mereka tidak pernah putus sejak bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah. Malah semakin akrab walau masing-masing telah membawa haluan hidup sendiri. Dipertemukan dalam sebuah grup, mereka bersatu atas nama SAHOCA Bikers Legend bagi menyambung semula silaturahim . Lagi cerita-cerita menarik berkaitan persatuan alumni SAHOCA Moto Make Life A Charity (Jadikan Kehidupan Satu Kebajikan) jadi pegangan ahli-ahli SAHOCA Bikers Legend ini. Shafferi Rejab " Jalinan persahabatan yang erat antara murid dan guru telah lama terjalin semenjak zaman persekolahan lagi , jadi kami himpunkan semula bekas murid dan guru dalam grup ini untuk menyambung silaturahim ," kata bekas guru Kolej Sultan Abdul Hamid, Shafferi Rejab, 66, selaku ketua grup SAHOCA Bikers Legend . Berasal dari Alor Setar Kedah, Shafferi berkata dahulu kebanyakan aktiviti adalah berkisar pada sukan seperti rugbi, bola sepak dan lain-lain yang menyat...
Comments
Post a Comment