SIARAN MEDIA : RIDE PRIHATIN SMKSG
RIDE PRIHATIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI GUNUNG
Rabu 20/10/21
ALOR SETAR - Satu program amal menyantuni para pelajar cemerlang PdPR SMK Seri Gunong telah dilaksanakan oleh SAHOCA BIKERS LEGENDS hari ini.
Dalam situasi
pembelajaran masa pandemik ini dengan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
di Rumah (PdPR) menjadi lebih mencabar, SAHOCA BIKERS LEGENDS terpanggil untuk
menyumbang dan memberi sokongan kepada 155 murid SMK Seri Gunong yang
cemerlang dalam menjalani pembelajaran secara PdPR.
Seramai 155
pelajar cemerlang dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima telah menerima
sumbangan berupa keperluan harian dan pebelajaran yang berlangsung di sekolah
tersebut.
Program santai
penuh makna ini berlangsung di SMK Seri Gunung dihadiri Cikgu Shamsulbadri Bin
Ishak selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan 15 ahli kumpulan SAHOCA
BIKERS LEGENDS diketuai presidennya Ahmad Zahir Hamzah.
Dengan komitmen
para guru, PdPR tetap berjalan dengan baik dan penglibatan murid juga baik. Sehubungan
itu SAHOCA BIKERS LEGENDS terpanggil berkerjasama dengan pihak SMK Seri Gunong
untuk memberi penghargaan kepada murid yang aktif PdPR ini dan berjaya
cemerlang.
"Kerjasama
ini bertujuan untuk memupuk kepentingan bersama dan menambahbaik penyampaian
perkhidmatan di antara SMK Seri Gunong dan SAHOCA BIKERS LEGENDS di dalam
bidang pengurusan dan kepimpinan yang telah dipersetujui.
"Program ini
juga akan bersungguh-sungguh dalam membangunkan hala tuju bidang pengurusan dan
kepimpinan pendidikan yang bermanfaat bagi kedua-dua belah pihak berdasarkan
beberapa perkara yang telah dibincangkan," kata Ahmad Zahir.
Merancang,
membangun dan melaksanakan projek-projek kepimpinan pendidikan dan kemahiran
yang berfaedah kepada kedua-dua belah pihak akan menjadi keutamaan.
Pada masa sama,
SAHOCA BIKERS LEGENDS akan bekerjasama dalam pelbagai aktiviti yang menjana
pertumbuhan dan pembangunan ilmu pengetahuan , kemahiran serta kepakaran untuk
sekolah ini.
"Kami juga
akan menjalankan lain-lain aktiviti atau apa sahaja projek usaha sama yang dipersetujui
oleh kedua-dua belah pihak demi untuk kemajuan dan kecemerlangan sekolah."
ujar Ahmad Zahir.
Sementara itu,
Cikgu Shamsulbadri Bin Ishak selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKSG
mengucapkan terima kasih kepada SAHOCA BIKERS di atas kerjasama yang baik ini.
"Bagi pihak
SMKSG saya mendoakan tuan-tuan semua diberi kesihatan yang baik dan
dipermudahkan segala urusan untuk meneruskan kerja-kerja amal ini"
katanya.
Pada masa sama,
beliau turut berterima kasih kepada para penyumbang yang menghulurkan
sokongan bagi menjayakan program ini.
SAHOCA BIKERS
LEGENDS mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli yang turut serta turun padang
dan para penyumbang yang selalu menyokong aktivitinya.
Semoga kerjasama
baik ini berterusan.
Sekian. Terima
kasih.
Ahmad Zahir
Hamzah
Presiden SAHOCA
BIKERS LEGENDS
Sebarang
pertanyaan, hubungi
0 11-6971 5310 -
Ahmad Zahir Hamzah.
Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.. tahniah Sahoca Bikers Legend.. keep it up...
ReplyDelete