Menyantuni dan bertanya khabar dengan salah seorang mangsa banjir di Kampung Iboi, Baling pada 6 Ogos 2022.
"SETIAP hari saya berdoa semoga kejadian ini tidak akan berulang lagi. Cukuplah tiga kali ini," kata Norhashimah Md Dahni.
Norhashimah, 61 salah seorang mangsa banjir lumpur kepala air yang beraku Kampung iboi, Baling, Kedah pada 4 Julai 2022 lalu.
Norhashimah
tinggal bersama ibunya, Jariah Salleh, 81; suami; anak dan cucunya di
rumah yang telah mereka diami sejak dia masih kanak-kanak.
Lagi cerita-cerita sedih berkaitan mangsa-mangsa banjir
Norhashimah Md Dahni
Ketika ditemui oleh grup SAHOCA Bikers dan team Telekung Wakaf Siti Aishah
pada Sabtu, 6 Ogos 2022 lalu, Norhashimah dan keluarga berada di rumah
yang masih berlumpur dan barang-barang yamg rosak berselerak di luar
rumah.
"Inilah keadaan rumah. Belum sempat nak bersihkan semua," katanya.
Ditanya bagaimana dia dan keluarga menghadapi saat-saat cemas semasa kejadian tersebut, Norhashimah berkata, suasana menjadi kelam kabut kerana semua berlaku sangat pantas.
Rumah
Norhashimah yang terus dilanda banjir lumpur. Ibunya terpaksa diangkat
dari tingkat bawah ke tingkat atas ketika banjir deras memasuki rumah.
"Kami jadi panik sebab mak saya tidak sihat kerana kaki patah dan terseliuh. Bayangkan bagaimama kami bersusah payah mengangkat dan mengheret mak ke tingkat atas rumah kerana tingkat bawah sudah dipenuhi air.
"Selesai bawa mak ke atas uruskan cucu-cucu pula. Anak terpaksa membuka tingkap rumah untuk menarik perhatian orang datang membantu," kata Norhashimah.
Menurutnya
setelah menunggu beberapa jam bantuan pun tiba dan mak dibawa ke rumah
jiran sebelum mereka semua dipindahkan ke pusat perpindahan sementara.
"Tidak ada yang kami fikirkan masa itu melainkan hendak selamatkan mak kami sekeluarga," tambah Norhashimah.
Sumbangan untuk Norhashimah Md Dahni.
Mengenai bantuan yang diterima Norhashimah berkata, alhamdulillah banyak bantuan yang mereka dapat.
"Bersyukur
kepada Allah, banyak bantuan yang kami dapat. Cuma barang-barang banyak
yang rosak. Mungkin mengambil masa untuk diganti," ujar Norhashimah.
Jelas Norhashimah, memang kawasan tersebut selalu banjir tetapi kejadian terbaharu ini paling buruk dalam sejarah kampung tersebut.
"Saya
membesar di sini dan tentunya banyak kenangan dengan keluarga yang kami
nikmati bersama. Semoga ini kejadian yang terakhir untuk kami,"
sambungnya.
Hajat bertemu ibunya, Jariah tidak kesampaian kerana berada di rumah adik Norhashimah.
Sahabat
SAHOCA Bikers dan sukarelawan Telekung Wakaf Siti Aishah menyumbang
telekung, sejadah, kain pelikat, kain batik, bahan-bahan memasak dan
sedikit wang tunai hasil sumbangan orang ramai. - KitaReporters
Sahabat SOHACA Bikers mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Iboi, Baling.
Comments
Post a Comment