SIARAN MEDIA

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN "SAHOCA BIKERS RIDE PRIHATIN BENCANA KEPALA AIR GUNUNG JERAI"
&
MISI BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI YAN & MERBOK KEDAH.


Yan, Kedah 3hb September 2021:

Kelab Permotoran SAHOCA BIKERS LEGENDS telah meggerakkan misi bantuan banjir kepada mangsa-mangsa banjir di Yan & Merbok Kedah baru-baru ini.

Program ini adalah salah satu usaha dan initiatif bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar Kedah melalui Kelab Sahoca Bikers Legends untuk membantu meringankan beban mangsa banjir kilat akibat tragedi kepala air di Yan, Kedah pada 18hb Ogos 2021 yang lalu.

Melalui kempen (Sahoca Bikers Ride Prihatin Yan) pihak kelab berjaya mengumpul dan mengedarkan bantuan seperti berikut:

180 pasang telekung wanita
50 pasang telekung kanak-kanak
100 kotak breakfast pack
60 pasang kain pelikat
150 tudung wanita
100 pasang pakaian wanita
30 pasang sejadah serta barangan sampingan lain seperti air mineral, pisang segar dan lain-lain.

Sumbangan diterima daripada ahli kelab, sahabat di dalam Kelab ini serta jugak pihak luar.

Misi penyerahan ini telah di lakukan dalam 3 peringkat:

Hari Pertama (20hb Ogos 2021)
1. Kg Setol
2. Salak Danai

Hari Kedua (23hb Ogos 2021)
1. Kampung Aceh Yan
2. Kampung Ruat Yan
3. Kampung Setoi Yan
4. Kampung Jawa

Hari Ketiga (30hb Ogos 2021)
1. Kg Ruat, Yan
2. Kg Tupah Baru, Merbok
3. Kg Pengkalan Bujang, (Sekolah Kebangsaan Haji Omar Tahir) Merbok.

Dengan slogan "Make Ride A Charity", misi bantuan banjir Kepala Air ini merupakan sebahagian daripada Program Khidmat Sosial (CSR) Sahoca Bikers Legends dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir tesebut.

Meskipun, turut terkesan dengan Pandemic Covid19, kami ahli-ahli Sahoca Bikers Legends telah bersatu padu untuk menjayakan program ini.

Terima kasih kepada semua penyumbang dan penyokong Sahoca Bikers Legends yang turut membantu menjayakan program ini.

Sebelum ini Sahoca Bikers Legends telah menganjurkan pelbagai program CSR di dalam dan luar negeri Kedah sebagai sebahagian dari aktiviti CRS.

Misi seumpama ini akan diteruskan oleh grup RIDE PRIHATIN SAHOCA BIKERS pada masa hadapan bagi memenuhi tanggungjawab sosial ahli kelab kepada mereka yang memerlukan.

Sekian untuk makluman.

Sebarang pertanyaan sila hubungi

AHMAD ZAHIR HAMZAH
Hp 01169715310
SAHOCA BIKERS LEGENDS
3hb September 2021
Alor Setar, Kedah.

Comments

Popular posts from this blog

Harungi Hujan Dan Panas Kerana Bangga Tun M Menjadi Perdana Menteri

Sejarah tercipta! Sahoca Bikers Legends RIDE TO WISDOM: A MEET WITH TUN M

Kelab SAHOCA Bikers Legend! Bekas murid dan guru bergabung! Bersatu buat kerja-kerja kebajikan!