SAHOCA BIKERS LEGENDS Bantu Mangsa Kepala Air
BEKAS pelajar pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar melalui kelab permotoran, SAHOCA BIKERS LEGENDS tidak ketinggalan menyalurkan sumbangan barangan keperluan kepada penduduk bencana kepala air di Yan baru-baru ini.
Ketuanya, Ahmad Zahir Hamzah berkata, kelab tersebut berjaya mengumpul sumbangan tersebut hasil kempen 'Sahoca Bikers Ride Prihatin Yan' sebelum ini.
Katanya, antara barangannya iaitu 180 pasang telekung wanita, 50 pasang telekung kanak-kanak, 100 kotak pek sarapan, 60 pasang menyertai misi bantuan kain pelikat, 150 tudung wanita, 100 pasang baju wanita dan 30 helai sejadah.
"Program ini diadakan untuk membantu meringankan beban mangsa-mangsa bencana kepala air di Yan pada 18 Ogos lalu," katanya di sini baru-baru ini.
Menurutnya, kesemua barangan tersebut telah disumbangkan melalui tiga fasa iaitu hari pertama pada 20 Ogos di dua buah kampung, kedua pada 23 Ogos di empat buah kampung dan ketiga pada 30 Ogos di tiga buah kampung terkesan dalam kejadian itu.
Comments
Post a Comment