Banjir paling buruk dalam sejarah Kampung Iboi! Doa semoga kejadian tak akan berulang! - Penduduk
Menyantuni dan bertanya khabar dengan salah seorang mangsa banjir di Kampung Iboi, Baling pada 6 Ogos 2022. " SETIAP hari saya berdoa semoga kejadian ini tidak akan berulang lagi. Cukuplah tiga kali ini ," kata Norhashimah Md Dahni . Norhashimah, 61 salah seorang mangsa banjir lumpur kepala air yang beraku Kampung iboi, Baling, Kedah pada 4 Julai 2022 lalu. Norhashimah tinggal bersama ibunya, Jariah Salleh, 81; suami; anak dan cucunya di rumah yang telah mereka diami sejak dia masih kanak-kanak. Lagi cerita-cerita sedih berkaitan mangsa-mangsa banjir Norhashimah Md Dahni Ketika ditemui oleh grup SAHOCA Bikers dan team Telekung Wakaf Siti Aishah pada Sabtu, 6 Ogos 2022 lalu, Norhashimah dan keluarga berada di rumah yang masih berlumpur dan barang-barang yamg rosak berselerak di luar rumah. "Inilah keadaan rumah. Belum sempat nak bersihkan semua," katanya. Ditanya bagaimana dia dan keluarga menghadapi saat-saat cemas semasa kejadian tersebut, Norh...