Posts

Showing posts from October, 2021

Sahoca Bikers Legends hargai pelajar SMKSG cemerlang PdPR! Santuni, sokong pelajar cari ilmu!

Image
Selain menjalan aktiviti riadah dan jelajah, kelab motosikal Sahoca Bikers Legends, turut menitikberatkan aktiviti turun padang melaksanakan gerak kerja amal sebagai memenuhi tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Antaranya, aktiviti kemasyarakatan yang membabitkan komuniti dan pelajar di sekitar Alor Setar dan Kedah khasnya. Keprihatinan Sahoca Bikers Legends telah direalisasikan dalam satu aktiviti memberi sumbangan kepada 155 pelajar cemerlang PdPR Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gunong (SMKSG) di Alor Setar, Kedah baru-baru ini. Program yang diadakan secara santai ini melibatkan 15 orang ahli grup Sahoca Bikers Legends, dianggotai bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (Sahoca). Sahoca Bikers Legends bergambar dengan Cikgu Shamshulbadri Ishak (empat dari kanan). "Program seperti ini membolehkan kami Sahoca Bikers Legends menyantuni para pelajar ini dengan lebih dekat sebagai sokongan terhadap kemajuan mereka dalam mencari ilmu," kata Presidennya, Ahmad Zahir Hamzah. Men...

SIARAN MEDIA : RIDE PRIHATIN SMKSG

Image
 RIDE PRIHATIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI GUNUNG Rabu 20/10/21   ALOR SETAR - Satu program amal menyantuni para pelajar cemerlang PdPR SMK Seri Gunong telah dilaksanakan oleh SAHOCA BIKERS LEGENDS hari ini.   Dalam situasi pembelajaran masa pandemik ini dengan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menjadi lebih mencabar, SAHOCA BIKERS LEGENDS terpanggil untuk menyumbang dan memberi sokongan kepada 155 murid SMK Seri Gunong yang cemerlang dalam menjalani pembelajaran secara PdPR.   Seramai 155 pelajar cemerlang dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima telah menerima sumbangan berupa keperluan harian dan pebelajaran yang berlangsung di sekolah tersebut.   Program santai penuh makna ini berlangsung di SMK Seri Gunung dihadiri Cikgu Shamsulbadri Bin Ishak selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan 15 ahli kumpulan SAHOCA BIKERS LEGENDS diketuai presidennya Ahmad Zahir Hamzah.   Dengan komitmen para guru...

The Introduction Of Sahoca Bikers Legends

Image
 Assalamualaikum wbh and Salam Sejahtera semua. This is the 1st ever post on this blog. Dont really know how to use it, but we'll try in shaa Allah. This blog is another addition to our medsos ie FB, insta, tiktok, twitter & youtube. This blog is harder though cause you have to write a lot 😅😅😅. Ok thats all for the 1st post. See u all again soon.

Ride Prihatin Yan : Masahak Abdullah

Image
 KISAH INSAN 06 OCT, 2021 Tolong kami! Bantu Masahak Abdullah! Mangsa kepala air Gunung Jerai! Terima kasih SAHOCA Bikers Legends! @normala hamzah NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Masahak Abdullah dan isteri, Siti Hajar Hassan. Kredit foto-foto:  Ihsan SAHOCA Bikers Legends  DEMI kasih, nyawa sendiri sanggup dipertarung asal isteri dan keluarga berjaya diselamatkan. Dengan kudrat yang ada, disorong kerusi roda isteri ke tempat tinggi dalam serba kepayahan mengharung banjir lumpur yang mengganas.  "Alhamdulillah, Allah bagi saya kudrat untuk melakukannya walaupun jika difikirkan balik, saya memang tidak ada kemampuan berbuat demikian," kata Masahak Abdullah, 64, dalam pertemuan di rumahnya di Kampung Ruat, Yan, Kedah.  Masahak merenung masa hadap...