Ride Prihatin : Vykry Samsuri aka Pak Long Vyk

Cerita Sabtu 28hb September 2024. 2 minggu lepas mendapat perkhabaran sahabat Sahoca Bikers Legends iaitu Vykry Samsuri aka Pak Long Vyk di serang "stroke". Di admit di Hospital Jitra, kemudian di HS Bahiyah dan kini telah berada di rumah di Tunjang. Kesempatan cuti hari sabtu hari ini digunakan sepenuhnya untuk menziarahi beliau di rumah. Alhamdulillah seramai 21 sahabat bikers dapat meluangkan diri pada hari ini. Kiriman Salam, Doa & Ucapan dari sahabat-sahabat telah disampaikan. Terima kasih kepada ahli-ahli Sahoca Bikers Legends serta rakan-rakan sekolah rendah SKTR yang bersama-sama menyumbang untuk membantu urusan perubatan Vykry. In Syaa Allah Vyk, kami mai lain nanti. Kami semua doakan hang segera sembuh... In Syaa Allah.