2,054km, 5 hari! Konvoi Bermotosikal Jelajah Malaya Sahoca!
30 AUG, 2020 2,054km, 5 hari! Konvoi Bermotosikal Jelajah Malaya Sahoca! SEMANGAT setiakawan dari zaman sekolah dan persahabatan yang tidak pernah putus mendorong mereka melakukan perjalanan sejauh 2,054 km selama 5 hari 4 malam sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-63 dengan Konvoi Bermotosikal Jelajah Malaya Sahoca Bikers 90 - 2020. : KitaReporters Kemerdekaanlah yang membawa mereka ke mercu kejayaan dengan memiliki pendidikan dan berjaya mengejar impian untuk berjaya dalam hidup dan seterusnya berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Maka. semangat yang ditunjukkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), Alor Setar, Kedah dalam misi Konvoi Bermotosikal Jelajah Malaya Sahoca Bikers 90 - 2020 sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 ini patut menjadi inspirasi kepada bekas pelajar lain untuk berbuat aktiviti atas nama setiakawan dan jati diri. Dengan perjalanan sejauh 2,054km selama 5 hari 4 malam konvoi ini telah melalui 11 negeri dan singgah di be...