Harungi Hujan Dan Panas Kerana Bangga Tun M Menjadi Perdana Menteri
Harungi Hujan Dan Panas Kerana Bangga Tun M Menjadi Perdana Menteri AUG 08, 2018 Laporan dan Foto : Ahmad Zahir Hamzah Tiba-tiba Ahmad Zahir Hamzah terkenang kembali zaman persekolahan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar sekitar tahun 1986 -1990. Para pelajar ketika itu perlu berdiri mengibarkan bendera melambai-lambai kepada kenderaan Sultan Kedah dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed. Hari Kebangsaan tahun ini terlalu istimewa - Ahmad Zahir Hamzah (kanan sekali) Nostalgia ini kembali dalam ingatannya, Perdana Menteri yang dilambainya kini kembali menjadi Perdana Menteri dan akan melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2018. Lantas, dia menghubungi beberapa rakan-rakan persekolahnya untuk melakukan aktiviti bagi meraikan Bulan Kebangsaan pada tahun ini. Bekas-bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid yang menyertai konvoi Kata sepakat telah dicapai atas semangat Sahoca 909192 Bikers telah mengadakan konvoi bermotosikal dari 2 hingga 5 Ogos 201...